Nota Sirah Sahabat Kanak-Kanak Rasulullah saw

TANYALAH USTAZ TV3
(6:30-8AM, AHAD, 10 MAC 2019)
PANEL: USTAZ DR. SURUL SHAHBUDIN HASSAN
MODERATOR: DA’I LUQMAN
TAJUK : SIRAH - KANAK KANAK DI HATI RASULULLAH S.A.W
Apakah maksud Sahabat Nabi saw raqiallahu'anhum?
Mereka yang pernah bertemu Nabi saw beriman dengan baginda dan mati dalam Islam.

Siapakah Sahabat yang sempat bertemu Nabi saw di usia kanak-kanak dan remaja?
A. Ahli Keluarga Nabi (Ahlu Bait Rasulillah saw)
1. ZAID BIN HARITSAH (Anak Angkat Rasulullah)
- Khadam/anak angkat Khadijah rah sebelum berkahwin dengan Rasullah saw. 
- Dijaga dan membesar di rumah Rasulullah saw sejak baginda berkahwin dengan Khadijah rah.
- Begitu menyayangi Nabi saw sehingga enggan kembali kpd ibubapanya sendiri.
- Dilayan dan dibimbing seperti anak kandung putera puteri Rasulullah saw yang lain sebelum dan selepas kerasulan.
- Menang dalam peperangan yang dipimpinnya kemudiannya syahid dalam perang Mu'tah.
2. ALI BIN ABI TOLIB (Remaja Pertama Masuk Islam)
- Sepupu Nabi saw yang dijaga Nabi saw sejak berumur 8 tahun (beberapa tahun sebelum kerasulan)
- Tidak pernah menyembah berhala orang-orang Quraish, bahkan orang kedua bersolat selepas Khadijah rah.
- Pembawa bendera semasa peperangan, bijak membuat keputusan dan meriwayatkan lebih 586 hadith dari Rasulullah saw.
3. IBRAHIM PUTERA RASULULLAH SAW.
- Anak Nabi saw dari Mariah al-Qibtiyyah rah, lahir tahun ke 8 hijrah, diberi nama, dicukur kepala oleh Nabi saw pada hari ke tujuh kelahirannya, terus disedekahkan perak seberat timbangan rambutnya dan kemudian dicarikan ibu susuannya.
- Setiap hari Nabi saw akan bertemu Ibrahim walau sebentar dan pernah menemukan Ibrahim kpd semua isteri Baginda rah.
- Kebahagian Nabi saw bersama Ibrahim hanya setakat umurnya setahun setengah jatuh sakit kemudiannya tenat dipangkuan ibunya Mariah rah. lantas Nabi saw memangkunya berdoa dan menangis deras ketika sampai ajalnya. 
- Abdurrahman Bin 'auf hairan dan bertanya: Bukankah engkau melarang kami menangisi kematian? Jawab Nabi saw: Ya, menangis tidak dilarang kerana ia lahir dari rasa kasih sayang, sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi. (sedangkan meratap, membentak, mengoyak kerana kematian seseorang itulah amalan Jahiliyyah).
- Ibrahim dikebumikan di Perkuburan Baqi', merupakan perkuburan pertama yang disirami air dan diletakkan tanda.
- Ibrahim merupakan anak lelaki Nabi saw yang terakhir sebelum al-Qasim dan Abdullah yang wafat sebelumnya.
4. HASAN DAN HUSAIN  (DUA CUCU WANGIAN NABI SAW)
- Hasan ra adalah Ali ra dengan Fatimah puteri Baginda saw, lahir Ramadan tahun ke 3 hijrah dan wafat tahun 50H. Nabi saw sendiri yang mengazankan kelahirannya, memberi namanya, menyembelih akikah pada hari ketujuh, bercukur dan bersedekah Perak setimbangan rambutnya.
- Hasan mirip dengan Nabi saw dari kepala hingga ke dada dan pernah bersabda: moga anakku ini adalah pemimpin yang akan dipanjangkan umurnya sehingga dapat mendamaikan dua kubu besar umat Islam.
- Husain ra lahir Sya'ban tahun ke 4, diperlakukan sama seperti Baginda saw meyambut kelahiran Hasan ra. 
- Kedua-dua cucu ini amat dicintai Nabi saw selalu mencium dan merangkul mereka, sehingga Aqra' yang mempunyai 10 anak berasa hairan kerana dia tidak pernah mencium anak-anaknya.
- Sering membiarkan mereka menaiki badan Nabi saw ketika bersolat sehingga mereka turun dengan sendiri (para sahabat yang turut solat bersama Nabi bimbang kerana terlalu lama), pernah Nabi saw membetulkan mereka kerana terpeleset ketika sedang berkhutbah.
- Nabi saw pernah menyebut mereka sebagai PENGHULU PEMUDA DI SYURGA, dan mendoakan supaya kedua-duanya dicintai Allah begitulah juga kepada orang yang mencintai kedua-duanya. Bila ditanya tentang kecintaan Nabi saw kepada kedua mereka, Nabi menjawab: Mereka berdua adalah wangianKu di dunia.
UMAMAH BINT ABI AL-ASS (CUCU KESAYANGAN)
- Puteri Zainab Bt Rasulillah saw, cucu yang disayangi Rasulullah saw sepertimana Baginda menyayangi ibunya kerana penderitaan anak-anakNya menempoh Hijrah ke Madinah.
- Digelar cucu kesayangan kerana pernah diberi Nabi saw kalung marjan dari Yaman yang tidak diberi kepada isteri-isteri Baginda saw.

B. Anak Para Sahabat RA
1. ZAID BIN THABIT (PENTERJEMAH NABI SAW)
- Beliau menghantar hidangan pertama yang dimasak ibunya sesampainya Rasulullah saw ke Madinah, lantas mendapat doa keberkatan dari Rasulullah saw.
- Mendekati Rasulullah saw, menghayati tatacara solat Baginda dan sering berulang alik ke masjid memerhati tindak tanduk Baginda saw. 
- Disuruh Nabi saw mempelajari Ibrani (bahasa kitab Yahudi), beliau dapat menguasainya dalam 15 hari sahaja. 
- Memberi perhatian khusus kepada al-Quran sebagai tergolong di kalangan para sahabat yang menghafaz al-Quran.
- Kerana masih kecil, beliau tidak dibenarkan ikut serta dalam peperangan hinggalah tahun ke 5  hijrah dibenarkan menyertai peperangan walaupun hanya sekadar menggali parit kemudiannya diberi kepercayaan mengetuai peperangan Tabuk.
- Diberi tugas mengumpul al-Quran di zaman Abu Bakr ra dan Uthman ra dan diberi kepercayaan dalam berfatwa.
2. ANAS BIN MALIK (PELAYAN RASULULLAH SAW) 10H-93H
- Ummu Sulaim menghadiahkan anaknya Anas sesampaikan Nabi saw dan disambut baik dan disatukan dalam keluarga Baginda saw. 
- Maka Anas dibesarkan bersama keluarga Rasulullah saw, beliau telah meriwayatkan 2,286 hadis kerana sangat rapat dengan Rasulullah, dan didampingi Baginda saw dengan penuh kasih sayang. 
- Anas ra menceritakan selama 15 tahun melayani Nabi saw, walau apa yang aku lakukan, tidak pernah Baginda membentak kenapa tidak buat begini, atau teruk sekali hasil kerjamu, atau mencelakaku.
- Baginda sering bertamu ke rumah keluarga Anas sehingga Ibunya pernah meminta supaya mendoakan Anas ra, Maka Rasulullah mendoakan agar Anas diberi harta dan anak, diberkati dan dimasukkan syurga. Berkat doa tersebut Anas ra menjadi sahabat yang kaya dan memiliki banyak anak, sehingga beliau adalah sahabat yang paling akhir wafat di Basrah di usia 120 tahun. 
3. ABDULLAH BIN UMAR 10H-73H (PAKAR MANASIK HAJI)
- Anak sahabat agung Umar al-Khattab yang pintar dan amat teliti, sudah bergabung dalam majlis ilmu Rasulullah saw di usia remajanya walaupun hanya mula dibenarkan menyertai semasa Perang Khandak.
- Seorang faqih dan mufti di kalangan sahabat ra, meriwayatkan 2630 hadith dan merupakan sahabat terakhir yang meninggal di Makkah.
4. AMAH BINTI KHALID (UMMU KHALID)
- Terpilih menerima pemberian dari Nabi saw berupa baju khamishah yang sangat istimewa kerana bapanya Khalid Bin Sa'id adalah orang kelima atau keenam yang memeluk Islam.
- Beliau lahir di Habsyah kerana bapanya turut berhijrah ke sana dan tinggal beberapa tahun di Habsyah. Baginda memakaikan sendiri khamishah itu ke badan Ummu Khalid dan berkata: pakai sampai lusuh!
- Nabi saw lantas merangkulnya sehingga Ummu Khalid dapat memegang tanda kenabian di belakang Nabi saw, Ayahnya terkejut dan berusaha melarang tapi Baginda berkata: Biarkan saja! kerana ingin memuliakan Khalid dan puteri beliau. 
~~~~~~~
SERTAI KURSUS INTENSIF TAJWID DR. SURUL SHAHBUDIN >>> https://rehal.onpay.my/order/form/tajwid-intensif-mei2019

SERTAI KORAN & INFAK KEMBOJA AIDIL ADHA 2019