Hantar Tesis Penuh

Alhamdulillah, hari yang paling mengujakan bagi seorang calon pasca ijazah, apabila tesis sedia dihantar ke Viva unit untuk pemeriksaan.
Jumlah naskah yang perlu dihantar ialah 8 buah: 3 buah dihantar ke Ijazah Tinggi, Fakulti Pendidikan dan 5 lagi dihantar ke Viva unit, Jabatan Pendidikan Siswazah.
Proses ini adalah prosedur yang perlu dilalui oleh setiap calon ijazah doktor falsafah di Univesiti Malaya. Sebelum boleh submit tesis untuk pemeriksaan, calon perlu membentang "Research Finding" dalam Seminar 2 terlebih dahulu. Setelah semua pembetulan seperti yang dicadangkan panel Ijazah Tinggi dibuat, barulah tesis boleh di binding 8 buah untuk diperiksa oleh seorang Pemeriksa Dalam dan 2 orang pemeriksa luar.
Slip bercetak dari Viva Unit dalam gambar tu amat penting kerana ia adalah bukti bagi seseorang calon telah sempurna menyiapkan tesisnya. Slip tersebut juga perlu sebagai bukti tamat kajian bagi membolehkan calon kembali bekerja dengan majikan jika mereka dalam "study leave". Slip itu juga membolehkan calon membuat "clearance" dengan pejabat Bendahari, UM, maka calon tidak perlu lagi membayar yuran pengajian.
 
Tamat Kajian Ph.D ~ Tak perlu bayar yuran lagi ~ Boleh kembali bertugas ~ Syukur