Jurnal SCOPUS

Alhamdulillah, tersiar jua akhirnya 2 penerbitan saya dalam Jurnal antarabangsa bertaraf scopus. Ia merupakan syarat yang ditetapkan Ijazah Tinggi, Universiti Malaya sebelum boleh menghantar tesis akhir, calon phd perlu menerbitkan 2 buah artikel dalam Jurnal bertaraf SCOPUS atau 1 artikel dalam Jurnal bertaraf ISI.

Jurnal 1: Analysis of Tajweed Errors in Quranic RecitationOriginal Research Article
Procedia - Social and Behavioral Sciences, Volume 103, 26 November 2013, Pages 136-145
Surul Shahbudin Bin Hassan, Muhammad Azhar Bin Zailaini

Tempoh masa menunggu sehingga kedua-dua artikel saya dapat diterbitkan dalam Jurnal Procedia adalah lebih kurang 6 bulan. Sebelum itu saya perlu membentangkan kedua-dua artikel tersebut dalam International Educational Technology Conference pada Mei 2013.
Jurnal 2: Khatam Al-Quran in Islamic Education Curriculum in MalaysiaOriginal Research Article
Procedia - Social and Behavioral Sciences, Volume 103, 26 November 2013, Pages 558-566
Surul Shahbudin Bin Hassan, Muhammad Azhar Bin Zailaini
Sebaik sahaja Jurnal ini diterbitkan, pihak Ijazah Tinggi, UM telah melonggarkan syarat Jurnal bagi calon phd kepada penerbitan 2 artikel dalam mana-mana "refereed journal" sahaja, bukan SCOPUS atau ISI lagi. Ia adalah sebagai syarat yang membolehkan viva calon phd sahaja, bukan lagi syarat bagi membolehkan hantar tesis akhir seperti yang telah pun saya penuhi sebelum ini..