KEM ANAKKU HEBAT

Alhamdulillah...

Rehal Resouces telah dilantik oleh Bursa Malaysia untuk menggendalikan Kem Anakku Hebat utk anak-anak kakitangan mereka.
Program ini bertujuan mengisi cuti sekolah anak-anak dengan jadual yang lebih terancang dan tempat yang bertempatan dengan pengisian-pengisian yang mantap. Program Kem Anakku Hebat yang akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2015 di Riyadh Restu, Kuang menjanjikan kesedaran pada diri anak-anak yang mengikuti program ini. Program ini bertujuan memberi peluang yang lebih banyak kepada murid-murid untuk mempercepatkan bacaan khatam al-Quran dan menambah Hafazan surah-surah al-Quran mereka.

OBJEKTIF
 Meningkatkan kesedaran anak-anak tentang kepentingan ilmu dan pendidikan yang berterusan.
 Memperkasakan nilai mulia dan jati diri anak-anak dari sudut hubungan kekeluargaan.
 Merangsang nilai murni anak-anak bersesuaian dengan akhlak Islamiah.
 Menerapkan intipati al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak.

Tentatif
Program ini bermula dengan perjalanan peserta dari Bursa Malaysia dengan menaiki bas. Di pagi hari ramai ibubapa peserta telah menghantar anak-anak mereka di Bursa Malaysia untuk berkumpul sebelum bergerak menuju ke Riyadh Restu.

Peserta menaiki bas menuju ke Riyadh Restu
Setelah selesai sesi pendaftaran dan minuman ringan peserta dari adik-adik berumur 10-17 itu, program dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Rehal sendiri. Dr/Ust Surul Shahbudin telah merasmikan kem ini dengan ucapan alu-aluan dan bacaan surat al-Fatihah. Acara kem diteruskan dengan sesi bersama penceramah jemputan kami bertajuk "Jadikan Anakku ini Penyejuk Hati". Ceramah yg disampaikan telah berjaya membangkitkan rasa syahdu peserta bila mengenangkan jasa Ibubapa mereka.

Majlis Perasmian oleh Pengerusi Rehal Dr/Ust Surur Shahbudin
Program Anakku Hebat diteruskan dengan aktiviti tugasan dlm kumpulan di dalam dewan. Program diisi dgn sesi "ice breaking" dan "team building". Selepas solat asar, aktiviti peserta diteruskan dengan aktiviti riadah. Aktiviti riadah ini baik untuk kesihatan mental dan fizikal peserta setelah seharian di dalam dewan.
Aktiviti di dalam dewan dan riadah
Pada sebelah malam pula, setelah selesai menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah, peserta dikumpulkan dalam kumpulan untuk mengaji al-Quran, memperbaiki Tajwid serta Hafazan. Pada akhir malam pula aktiviti mereka diteruskan dengan Qiamullail.
Kumpulan pengajian al-Quran
Program pada keesokkan harinya diteruskan dengan senamrobik. Selepas sarapan pagi pula peserta dikerahkan menyertai "explore race". Aktiviti hanya  melibatkan kawasan sekitar kem Riyadh Restu shj. Anak-anak telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan perlu melaporkan diri di setiap "check point".

Explorace
Alhamdulillah...selesai sudah Program Kem Anakku Hebat selama 2 hari 1 malam di Riyadh Restu.

GroupFoto Kem Anakku Hebat

PENYEDIA PROGRAM: Program di atas telah disediakan sepenuhnya oleh REHAL SURUR RESOURCES atau singkatannya REHAL. Rehal adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002 adalah beribupejabat di Kota Damansara dan mempunyai cawangan di Saujana Utama, Selangor. REHAL secara amnya menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Rehal juga giat menganjurkan kursus-kursus, bengkel-bengkel dan kem-kem motivasi dari masa ke semasa. REHAL dipengerusikan oleh Ust/Dr. Surul Shahbudin An-Nadwi, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di masjid-masjid, universiti-universiti, radio dan televisyen (Klasik fm/Tv9/al-Hijrah) sejak 1999 hingga sekarang. Sebarang maklum balas boleh diemailkan terus kpd kami di: kelasrehal@yahoo.com