Rahsia Ibadah Korban

Kisah Ibrahim as. dan Ismail as. dalam surah As-Soffaat ayat 99-111:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ (99) رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ (101) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ (102) فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ (103) وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105) إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ (106) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ (107) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآَخِرِينَ (108) سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (109) كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (110) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (111)
“Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Rabbku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shalih. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?” Ia menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami memanggilnya: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.”

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

A.) Rahmah pd Ibadah Korban
1. Firman Allah swt:
{ وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍِ } [ الفجر: 1-2 ]
Ibn Abbas menyatakan maksudnya adalah 10 hari awal bulan Zulhijjah (tafsir ibn Kathir)

2. Firman Allah swt:
 { وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ } [ الحج: 28 ]
Ibn Abbas menyatakan maksudnya adalah 10 hari awal bulan Zulhijjah (Sahih Bukhari)

3. Al-Bukhari meriwayatkan:
وعن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أفضل أيام الدنيا أيام العشر. 
[ صحيح / صحيح الجامع الصغير، (1133) ].
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zul-Hijjah.”
(Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.)

4. Al-Bukhari meriwayatkan:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ: مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا: وََلا الْجِهَادُ، قَالَ: وََلا الْجِهَادُ، إَِلا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ. (صحيح البخاري 969
daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”

5. Hikmah pensyariatan korban
• Untuk menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh
Nabi Ibrahim A.S, iaitu ketika Allah S.W.T menguji Baginda supaya menyembelih
anaknya.
• Kemudian Allah S.W.T menebusnya dengan seekor kibasy yang diturunkan-Nya
dan memerintahkan Baginda menyembelihnya.
• Peristiwa ini berlaku setelah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya berusaha bersamasama
melaksanakan perintah Allah S.W.T.

B.) Rahmah pd Sembelihan Korban
1. Firman Allah SWT :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحْمُ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّـهِ بِهِۦ وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَٱلْمَوْقُوذَةُ وَٱلْمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ
Maksudnya :” Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.” (Surah al-Maidah : 3)

2. Hadith Riwayat Muslim:
عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّاد ابْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ كَتَبَ اْلإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ .[رواه مسلم
Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih perelokkanlah sembelihan kamu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya.

3. Rasulullah saw bersabda:
مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفُرَ وَسَأُحَدِّثُكُمْ عَنْ ذَلِكَ أَمَّا السِّنُّ فَعَظْمٌ وَأَمَّا الظُّفُرُ فَمُدَى الْحَبَشَةِ
“Setiap apa yang ditumpahkan darahnya dengan disebut nama Allah maka makanlah kecuali yang ditumpahkan darahnya dengan gigi dan kuku, dan akan kusampaikan tentang itu. Adapun gigi, ia termasuk tulang. Manakala kuku, ia adalah pisaunya orang-orang Habasyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/391, no. 2308)

C.) Rahmah pd Daging Korban
1.Cukup Umur: Umur unta yang hendak dikorban disyaratkan masuk tahun keenam, Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga, Umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

2. Hendaklah Tidak Cacat: binatang korban tersebut tidak cacat yang menyebabkan
kurang dagingnya. Oleh itu, tidak sah korban kambing yang terlalu kurus, sangat tempang, buta
sebelah mata, berpenyakit atau putus sebahagian telinganya. Sabda Rasulullah saw:
وَعَنِ اَلْبَرَاءِ بنِ عَازِبٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَ: – “أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي اَلضَّحَايَا: اَلْعَوْرَاءُ اَلْبَيِّنُ عَوَرُهَا, وَالْمَرِيضَةُ اَلْبَيِّنُ مَرَضُهَا, وَالْعَرْجَاءُ اَلْبَيِّنُ ظَلْعُهَا  وَالْكَسِيرَةُ اَلَّتِي لَا تُنْقِي” – رَوَاهُ اَلْخَمْسَة ُ . وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ, وَابْنُ حِبَّان َ
“4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan korban ialah binatang yang jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata, jelas tempangnya, dan terlalu kurus hingga menampakkan tulang”. (Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)

3. Dibahagi 1/3 kepada fakir miskin, 1/3 Siapa sahaja walaupun kaya. 1/3 utk diri sendiri.
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah kami memudahkan bagimu, moga-moga kamu bersyukur”. (Surah Al-Haj: 36)

4. Haram dijual korban, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah saw:
مَنْ باع جلْدَ أُضْحِيَتِهِ ، فلَا أضْحِيَةَ لَهُ 
“Sesiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya”. (Hadith Sahih riwayat as-Sayuti dalam al-Jami' as-Soghir, no.hadith: 8535)

5. Memberi korban kepada orang kafir? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
Sertai online di https://rehal.onpay.my/order/form/korban-sedekah-trip-kemboja

Tafsir Surah al-Balad

RAKAMAN FB LIVE
PADA: 29/07/19 
PROGRAM: TANYALAH USTAZ TV3
PENCERAMAH: DR. SURUL SHAHBUDIN
TAJUK: TAFSIR SURAH AL-BALAD



Muqaddimah Sahih Bukhari

 (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)


Imam Bukhari memulakan Kitabnya dgn Basmalah shj tanpa Hamdalah dan Tasyahhud kerana:
(A) mahu menzahirkan bahawa kedua-dua hadith yang menyebut tentang Hamdalah dan Tasyahhuh itu bermasalah, tidak menepati kriteria (syarat) pemilihan hadith-hadith bagi kitabnya Sahih Bukhari. ini kerana adanya Qurrah Bin Abdurrahman dan 'Asim Bin Kulaib yang tidak diambil periwayatan hadith dari kedua-duanya walaupun diterima oleh Imam-imam hadith yang lain, iaitu hadith berikut:
كلُّ أمر ذي بالٍ لا يُبدَأُ بالحمد للَّهِ فَهوَ أقطعُ، وفي روايةٍ: بالحمدِ فَهوَ أقطعُ، وفي روايةٍ: كل كلامٍ لا يُبدَأُ فيهِ بالحمد للَّهِ فَهوَ أجذَمُ، وفي   رواية: كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يبدأُ فيهِ ببسمِ اللَّهِ الرَّحمنِ الرَّحيمِ فَهوَ أقطعُ (الراوي:أبو هريرة المحدث:النووي المصدر:الأذكار الجزء أو الصفحة:149 حكم المحدث:حسن روي موصولا ومرسلا، ورواية الموصول إسنادها جيد)
(B) Ucapan (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ) telah cukup merangkumi Basmalah, Hamdalah dan Tasyahhud seperti kehendak hadith-hadith yang menyarankannya.
(C) Sudah sedia maklum amalan Imam Bukhari setiap kali meletakkan hadith dalam kitab sahihnya akan berada dalam keadaan berwuduk dan solat terlebih dahulu, amalan ini sudah cukup merangkumi kesemua ucapan Basmalah, Hamdalah dan Tasyahhud itu sendiri.

Huraian lafaz Basmalah (Bismillahirrahmanirahim):
(A) Sandaran kpd lafaz اكتب yg datang selepas basmalah bagi meletakkan kedudukan lafaz Basmalah lebih didahulukan dari sebarang lafaz yang lain.
(B) kata Allah [الله] adalah kata murtajal atau kata jamid (kata yang tidak memiliki kata asal) kerana tiada mana-mana makhluk pun pernah diberi nama dgn lafaz Allah.
(C) (الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ) kata sifat bagi رحم dengan makna rahmat yang luas mendalam, (الرَّحْمَٰنِ) bagi nikmat yang tampak dan besar, (الرَّحِيمِ) bagi nikmat yang kecil dan halus.
(D) Membaca al-Quran dituntut memulakannya dengan Isti'azah (a'uzubillahi minasy syatonirrajim) sedangkan Basmalah dituntut membacanya diawal-awal surah sahaja.


باب بدء الوحي - بسم الله الرحمن الرحيم - قال الشيخ الإمام الحافظ أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة البخاري  رحمه الله تعالى آمينكيف كان بدء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ وقول الله جل ذكره: {إنا أوحينا إليك كما أوحينا إلى نوح والنبيين من بعده} (النساء: 163)
BAB: BAGAIMANA BERMULA DATANGNYA WAHYU KEPADA RASULULLAH SAW?
(A) Imam Bukhari menjelaskan maksud yang tersirat yang dikehendakinya pada tajuk-tajuk bab yang diletakkannya, begitu juga dgn imam-imam lain meletakkan susunan hadith dan tajuk mengikut kebijaksaan dan ijtihad tersendiri, tetapi bab-bab Imam Bukhari amat terserlah keunikannya.
(B) Sebenarnya Imam Bukhari bermaksud menulis sebuah kitab tentang AD-DIN secara menyeluruh bukan sekadar kitab himpunan hadith-hadith. Berbeza dengan imam Abu Daud, Nasaie dan Tirmizi yang memulakan kitab hadith mereka dengan kepentingan Toharah dalam ibadah, Ibnu Majah pula memulakan kitab hadithnya dengan bab kepentingan Sahabat dalam Sunnah, Muwatta' Imam Malik dengan hadith waktu solat kerana solat itulah yang terlebih dahulu dihisab dan Sahih Muslim pula dimulakan dengan kepentingan sesuatu sandaran hadith.
(C) باب بدء الوحي bermaksud bagaimana bermulanya penurunan wahyu setelah terputus dalam suatu tempoh. Turunnya wahyu kpd nabi Muhammad saw adalah bagi memulakan TAMADUN manusia, kerana setelah penciptaan Adam as, manusia mula-mula sekali ingkar adalah ketika ditengelamkan umat Nabi Nuh as yang membawa RISALAH ad-din yg lebih menyeluruh buat manusia.
(D) Wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw meliputi al-Quran dan Hadith, yang disampaikan terus melalui Jibril, diilhamkan atau diberitahu melalui mimpi.


حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير، قال: حدثنا سفيان، قال: حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري، قال: أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي، أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي،يقول: سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال: 
DICERITAKAN KEPADA KAMI DARI AL-HUMAIDIY: Maka dengan sanad yang bersambung kepada Amirul Mukminin fil hadith, saya sebutkan sanad yang telah diijazahkan kpd saya dari guru saya Sheikh MahbuburRahman semasa saya mempelajari Sahih Bukhari ini di Nadwatul Ulama, Lucknow..
(A) AL-HUMAIDIY ialah Abdullah Bin az-Zubair al-Humaidiy muhaddith Mekah berketurunan Quraish, tsiqah, tsabat, imam fil fiqh wal hadith dan menulis kitabnya Musnad Humaidi, wafat 219H. Hadith pertama dimulakan dengan riwayat dari muhadits makkah menunjukkan keutamaan Bukhari kepada imam dari Quraish yang merupakan keturunan nabi saw dimana bermula Islam (wahyu makki ghair matlu).
(B) SUFYAN Ibn 'Uyaynah, lahir di Kufah 107H dan meninggal di Makkah198H serta pernah menetap di Kufah dan Mekah. Kata Ibn Hajar 'Asqalani dalam Taqribut Tahzib: Ibn 'uyaynah Tsiqah, Hafiz, Faqih, Imam, Hujjah tetapi berubah ingatan dihari tuanya.
(C) YAHYA bin Sa'id (Qadhi Madinah wafat 143H, MUHAMMAD at-Taimi wafat 120H, 'ALQAMAH al-Laitsi wafat di zaman Abdul Malik Bin Marwan, UMAR AL-KHATTAB lahir di Mekah selepas 13 tahun peristiwa Fil dan wafat di Madinah tahun 23H.

«إنما الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ»
Baihaqi menyebutkan bahawa Ibnu Faris berkata: dia mendengar Muhammad Bin Ismail berkata: Berkata Abdurrahman Bin Mahdi: Sesiapa yang mahu menulis kitab, maka mulakanlah dengan hadith ini (الأعمال بالنيات).
(A) Kebiasaan Bukhari dalam Sahihnya ini membawa suatu hadith sebagai isyarat pada permulaan babnya begitu juga suatu isyarat di akhir setiap babnya dengan suatu hadits.
(B) Imam Syafie mengatakan: Separuh pengetahuan Islam berada dalam hadits ini.
(C) Hadith Amal dengan Niat ini merupakan salah satu tonggak utama dalam Islam selain dari 3 hadith yang lain iaitu:
  مِن حُسنِ إسلامِ المرءِ تركُه ما لا يَعْنيه  
 الحَلالَ بَيِّنٌ، والحَرامَ بَيِّنٌ، وإنَّ بيْنَ الحَلالِ والحَرامِ مُشبَّهاتٍ  
 مَن أحدَث في أمرِنا هذا ما ليس منه فهو ردٌّ

Sertai Korban Infak Kemboja bersama Dr Surul secara online di: https://rehal.onpay.my/order/form/korban-akikah

Isra' dan Mi'raj di Tv3

Aktiviti Terkini:
Dr. Surul di Tv1 6 petang ini 9 April 2019
Trip, Korban & Infaq Kemboja, info lanjut layari: https://rehal.onpay.my/
Kursus Buku Tajwid bersama Dr. Surul, daftar di https://rehal.onpay.my/

Rakaman Dr. Surul bersiaran langsung di Tanyalah Ustaz Tv3 
dgn tajuk Israk dan Mikraj pd 7 April 2019 bersamaan 1 Sya'ban 1440H



Nota Sirah Sahabat Kanak-Kanak Rasulullah saw

TANYALAH USTAZ TV3
(6:30-8AM, AHAD, 10 MAC 2019)
PANEL: USTAZ DR. SURUL SHAHBUDIN HASSAN
MODERATOR: DA’I LUQMAN
TAJUK : SIRAH - KANAK KANAK DI HATI RASULULLAH S.A.W
Apakah maksud Sahabat Nabi saw raqiallahu'anhum?
Mereka yang pernah bertemu Nabi saw beriman dengan baginda dan mati dalam Islam.

Siapakah Sahabat yang sempat bertemu Nabi saw di usia kanak-kanak dan remaja?
A. Ahli Keluarga Nabi (Ahlu Bait Rasulillah saw)
1. ZAID BIN HARITSAH (Anak Angkat Rasulullah)
- Khadam/anak angkat Khadijah rah sebelum berkahwin dengan Rasullah saw. 
- Dijaga dan membesar di rumah Rasulullah saw sejak baginda berkahwin dengan Khadijah rah.
- Begitu menyayangi Nabi saw sehingga enggan kembali kpd ibubapanya sendiri.
- Dilayan dan dibimbing seperti anak kandung putera puteri Rasulullah saw yang lain sebelum dan selepas kerasulan.
- Menang dalam peperangan yang dipimpinnya kemudiannya syahid dalam perang Mu'tah.
2. ALI BIN ABI TOLIB (Remaja Pertama Masuk Islam)
- Sepupu Nabi saw yang dijaga Nabi saw sejak berumur 8 tahun (beberapa tahun sebelum kerasulan)
- Tidak pernah menyembah berhala orang-orang Quraish, bahkan orang kedua bersolat selepas Khadijah rah.
- Pembawa bendera semasa peperangan, bijak membuat keputusan dan meriwayatkan lebih 586 hadith dari Rasulullah saw.
3. IBRAHIM PUTERA RASULULLAH SAW.
- Anak Nabi saw dari Mariah al-Qibtiyyah rah, lahir tahun ke 8 hijrah, diberi nama, dicukur kepala oleh Nabi saw pada hari ke tujuh kelahirannya, terus disedekahkan perak seberat timbangan rambutnya dan kemudian dicarikan ibu susuannya.
- Setiap hari Nabi saw akan bertemu Ibrahim walau sebentar dan pernah menemukan Ibrahim kpd semua isteri Baginda rah.
- Kebahagian Nabi saw bersama Ibrahim hanya setakat umurnya setahun setengah jatuh sakit kemudiannya tenat dipangkuan ibunya Mariah rah. lantas Nabi saw memangkunya berdoa dan menangis deras ketika sampai ajalnya. 
- Abdurrahman Bin 'auf hairan dan bertanya: Bukankah engkau melarang kami menangisi kematian? Jawab Nabi saw: Ya, menangis tidak dilarang kerana ia lahir dari rasa kasih sayang, sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi. (sedangkan meratap, membentak, mengoyak kerana kematian seseorang itulah amalan Jahiliyyah).
- Ibrahim dikebumikan di Perkuburan Baqi', merupakan perkuburan pertama yang disirami air dan diletakkan tanda.
- Ibrahim merupakan anak lelaki Nabi saw yang terakhir sebelum al-Qasim dan Abdullah yang wafat sebelumnya.
4. HASAN DAN HUSAIN  (DUA CUCU WANGIAN NABI SAW)
- Hasan ra adalah Ali ra dengan Fatimah puteri Baginda saw, lahir Ramadan tahun ke 3 hijrah dan wafat tahun 50H. Nabi saw sendiri yang mengazankan kelahirannya, memberi namanya, menyembelih akikah pada hari ketujuh, bercukur dan bersedekah Perak setimbangan rambutnya.
- Hasan mirip dengan Nabi saw dari kepala hingga ke dada dan pernah bersabda: moga anakku ini adalah pemimpin yang akan dipanjangkan umurnya sehingga dapat mendamaikan dua kubu besar umat Islam.
- Husain ra lahir Sya'ban tahun ke 4, diperlakukan sama seperti Baginda saw meyambut kelahiran Hasan ra. 
- Kedua-dua cucu ini amat dicintai Nabi saw selalu mencium dan merangkul mereka, sehingga Aqra' yang mempunyai 10 anak berasa hairan kerana dia tidak pernah mencium anak-anaknya.
- Sering membiarkan mereka menaiki badan Nabi saw ketika bersolat sehingga mereka turun dengan sendiri (para sahabat yang turut solat bersama Nabi bimbang kerana terlalu lama), pernah Nabi saw membetulkan mereka kerana terpeleset ketika sedang berkhutbah.
- Nabi saw pernah menyebut mereka sebagai PENGHULU PEMUDA DI SYURGA, dan mendoakan supaya kedua-duanya dicintai Allah begitulah juga kepada orang yang mencintai kedua-duanya. Bila ditanya tentang kecintaan Nabi saw kepada kedua mereka, Nabi menjawab: Mereka berdua adalah wangianKu di dunia.
UMAMAH BINT ABI AL-ASS (CUCU KESAYANGAN)
- Puteri Zainab Bt Rasulillah saw, cucu yang disayangi Rasulullah saw sepertimana Baginda menyayangi ibunya kerana penderitaan anak-anakNya menempoh Hijrah ke Madinah.
- Digelar cucu kesayangan kerana pernah diberi Nabi saw kalung marjan dari Yaman yang tidak diberi kepada isteri-isteri Baginda saw.

B. Anak Para Sahabat RA
1. ZAID BIN THABIT (PENTERJEMAH NABI SAW)
- Beliau menghantar hidangan pertama yang dimasak ibunya sesampainya Rasulullah saw ke Madinah, lantas mendapat doa keberkatan dari Rasulullah saw.
- Mendekati Rasulullah saw, menghayati tatacara solat Baginda dan sering berulang alik ke masjid memerhati tindak tanduk Baginda saw. 
- Disuruh Nabi saw mempelajari Ibrani (bahasa kitab Yahudi), beliau dapat menguasainya dalam 15 hari sahaja. 
- Memberi perhatian khusus kepada al-Quran sebagai tergolong di kalangan para sahabat yang menghafaz al-Quran.
- Kerana masih kecil, beliau tidak dibenarkan ikut serta dalam peperangan hinggalah tahun ke 5  hijrah dibenarkan menyertai peperangan walaupun hanya sekadar menggali parit kemudiannya diberi kepercayaan mengetuai peperangan Tabuk.
- Diberi tugas mengumpul al-Quran di zaman Abu Bakr ra dan Uthman ra dan diberi kepercayaan dalam berfatwa.
2. ANAS BIN MALIK (PELAYAN RASULULLAH SAW) 10H-93H
- Ummu Sulaim menghadiahkan anaknya Anas sesampaikan Nabi saw dan disambut baik dan disatukan dalam keluarga Baginda saw. 
- Maka Anas dibesarkan bersama keluarga Rasulullah saw, beliau telah meriwayatkan 2,286 hadis kerana sangat rapat dengan Rasulullah, dan didampingi Baginda saw dengan penuh kasih sayang. 
- Anas ra menceritakan selama 15 tahun melayani Nabi saw, walau apa yang aku lakukan, tidak pernah Baginda membentak kenapa tidak buat begini, atau teruk sekali hasil kerjamu, atau mencelakaku.
- Baginda sering bertamu ke rumah keluarga Anas sehingga Ibunya pernah meminta supaya mendoakan Anas ra, Maka Rasulullah mendoakan agar Anas diberi harta dan anak, diberkati dan dimasukkan syurga. Berkat doa tersebut Anas ra menjadi sahabat yang kaya dan memiliki banyak anak, sehingga beliau adalah sahabat yang paling akhir wafat di Basrah di usia 120 tahun. 
3. ABDULLAH BIN UMAR 10H-73H (PAKAR MANASIK HAJI)
- Anak sahabat agung Umar al-Khattab yang pintar dan amat teliti, sudah bergabung dalam majlis ilmu Rasulullah saw di usia remajanya walaupun hanya mula dibenarkan menyertai semasa Perang Khandak.
- Seorang faqih dan mufti di kalangan sahabat ra, meriwayatkan 2630 hadith dan merupakan sahabat terakhir yang meninggal di Makkah.
4. AMAH BINTI KHALID (UMMU KHALID)
- Terpilih menerima pemberian dari Nabi saw berupa baju khamishah yang sangat istimewa kerana bapanya Khalid Bin Sa'id adalah orang kelima atau keenam yang memeluk Islam.
- Beliau lahir di Habsyah kerana bapanya turut berhijrah ke sana dan tinggal beberapa tahun di Habsyah. Baginda memakaikan sendiri khamishah itu ke badan Ummu Khalid dan berkata: pakai sampai lusuh!
- Nabi saw lantas merangkulnya sehingga Ummu Khalid dapat memegang tanda kenabian di belakang Nabi saw, Ayahnya terkejut dan berusaha melarang tapi Baginda berkata: Biarkan saja! kerana ingin memuliakan Khalid dan puteri beliau. 
~~~~~~~
SERTAI KURSUS INTENSIF TAJWID DR. SURUL SHAHBUDIN >>> https://rehal.onpay.my/order/form/tajwid-intensif-mei2019

SERTAI KORAN & INFAK KEMBOJA AIDIL ADHA 2019


Nota Surah Al-Kafirun

Nama surah: al-Kafirun
Susunan: surah ke 109
Jumlah ayat: 6
Turun di Makkah
Nama-nama surah ini:
1. al-Kafirun (Orang-orang Kafir)
2. al-Munabazah (secubit, sedikit)
3. al-Ikhlas (telus, berlepas diri))
4. al-Muqashqashah (pencarian yang gagal)

Kelebihan Surah al-Kafirun
1. Riwayat dari Jabir ra katanya, bahawa Rasulullah s.a.w membaca surah ini dan surah Qul-huwallahu-ahad dalam 2 rakaat solat sunat Tawaf (HR Muslim)
2. Riwayat dari Abu Hurairah ra katanya, bahawa Rasulullah s.a.w membaca kedua surah ini (Qul-yaayyuhal-kafirun dan surah Qul-huwallahu-ahad) dalam 2 rakaat solat fajar (subuh) (HR Muslim)
3. Surah ini menyamai 1/4 (suku) al-Quran.
4. Riwayat dari al-Tobraniy bahawa Rasulullah s.a.w apabila merebahkan badan (untuk tidur) membaca Qul-yaayyuhal-kafirun sehingga akhir ayatnya (HR Tabroni)
5. Riwayat dari Al-Harith Bin Hablah beliau pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Ajarkan aku suatu yang aku boleh bacakan ketika hendak tidur? Rasulullah s.aw. bersabda: Jika kamu merebahkan badan ketika malam maka bacalah: Qul-yaayyuhal-kafirun.. maka adalah pelindung dari syirik (HR Ahmad)

Sebab turun ayat/surah al-Kafirun:
- Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa orang orang kafir Quraish cuba memberhentikan Nabi s.a.w dari mendakwah dan menafikan Tuhan mereka dengan menawarkan Nabi menjadi orang yang paling kaya, atau menjadi raja mereka atau dikahwinkan dengan wanita mereka yang paling cantik, maka Nabi s.a.w menjawab: tunggulah sehingga datang perintah dari TuhanKu.
- Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa beberapa pembesar Quraish telah menemui Nabi s.a.w untuk meminta Nabi s.a.w beriman dengan tuhan mereka setahun kemudian mereka pula beriman dengan Allah dan Muhammad setahun. Maka turunlah surah ini, lantas Nabi s.a.w ke Ka'bah dan membacakan surah ini kepada orang-orang Quraish yg berada di situ.

Kaitan Surah al-Kafirun dengan ayat-ayat lain:
- Fussilat ayat 40: Lakukanlah mengikut apa yang kamu kehendaki ('imalu-mashi'tum)
- Yunus ayat 41: Jika mereka mendustakan kamu, katakanlah: Bagi aku amalanku dan bagi kamu amalanmu (wainkazzabuka-faqulli-'amali..).
- al-Qasas ayat 55: Bagi kami amalan kami dan kamu amalan kamu (lana'amaluna,,).
- Surah ini tidak termansukh dengan penurunan ayat 36 surah al-Taubah (waqatilull-mushrikin-kaaffah)
- Kaitan surah ini dengan ayat 8 dan 9 surah al-Mumtahan (layanhakumullahu..)

Sertai kursus Talaqqi bersama Dr. Surul pada 2 Mac 2019

Kursus Buku Talaqqi Dr Surul

Sabtu 7 Julai 2018, saya telah dijemput utk mengendalikan Kursus buku Talaqqi tulisan saya di Sekolah Islam al-Farabi, Kampung Delek, Klang. Seramai 33 tenaga pengajar sekolah telah menyertai kursus ini anjuran sekolah ini.
Kursus buku Talaqqi menumpukan pembelajaran sebutan huruf dan asas-asas hukum tajwid . Kursus mengguna pakai BUKU TALAQQI dan disampaikan oleh penulisnya sendiri (Dr. Surul Shahbudin). Mereka yang tamat Kursus Asas Talaqqi layak melanjutkan pengajian ke peringkat ke 2 iaitu: Kursus Tajwid al-Quran dan seteru...snya boleh melanjutkan peringkat ke 3 iaitu: Talaqqi Bersanad dengan Penulis sebagai peringkat terakhir dalam pengajian al-Quran di REHAL.Kursus buku Talaqqi ini terbuka kepada Dewasa (18 ke atas) bagi memberi gambaran kepada peserta bagaimana kaedah paling tepat bagi pengajaran buku ini. Waualupun ia adalah kursus bagi guru ia tetap sesuai bagi mereka yang baru hendak mengenal dari tak tahu langsung. Ibubapa yang membimbing anak-anak membaca al-Quran juga amat bagus utk menyertai kursus ini. Guru, imam, mahasiswa yang boleh mengikuti kursus Talaqqi ini bagi memantapkan bacaan al-Quran mereka. Pendek kata sesiapa sahaja yg berminat boleh menyertai kursus ini,
Kursus Asas al-Quran memberi peluang kepada peserta supaya dapat mempelajari asas-asas membaca al-Quran bertajwid. Peserta akan dpt mencuba bacaan bertajwid secara Talaqqi & Musyafahah semasa kursus. Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta bagi melayakkan peserta mengikuti Kursus seterusnya iaitu Kursus Tajwid Lengkap, serta layak juga menyertai kelas Talaqqi Bersanad bersama Dr. Surul.

Buku Talaqqi Dr. Surul boleh dibeli secara online di: 👇🏽👇🏽👇🏽

Bagi yang berminat ntuk mengadakan kursus Talaqqidi tempat anda sila komen di post ini!