Nota Surah Al-Kafirun

Nama surah: al-Kafirun
Susunan: surah ke 109
Jumlah ayat: 6
Turun di Makkah
Nama-nama surah ini:
1. al-Kafirun (Orang-orang Kafir)
2. al-Munabazah (secubit, sedikit)
3. al-Ikhlas (telus, berlepas diri))
4. al-Muqashqashah (pencarian yang gagal)

Kelebihan Surah al-Kafirun
1. Riwayat dari Jabir ra katanya, bahawa Rasulullah s.a.w membaca surah ini dan surah Qul-huwallahu-ahad dalam 2 rakaat solat sunat Tawaf (HR Muslim)
2. Riwayat dari Abu Hurairah ra katanya, bahawa Rasulullah s.a.w membaca kedua surah ini (Qul-yaayyuhal-kafirun dan surah Qul-huwallahu-ahad) dalam 2 rakaat solat fajar (subuh) (HR Muslim)
3. Surah ini menyamai 1/4 (suku) al-Quran.
4. Riwayat dari al-Tobraniy bahawa Rasulullah s.a.w apabila merebahkan badan (untuk tidur) membaca Qul-yaayyuhal-kafirun sehingga akhir ayatnya (HR Tabroni)
5. Riwayat dari Al-Harith Bin Hablah beliau pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Ajarkan aku suatu yang aku boleh bacakan ketika hendak tidur? Rasulullah s.aw. bersabda: Jika kamu merebahkan badan ketika malam maka bacalah: Qul-yaayyuhal-kafirun.. maka adalah pelindung dari syirik (HR Ahmad)

Sebab turun ayat/surah al-Kafirun:
- Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa orang orang kafir Quraish cuba memberhentikan Nabi s.a.w dari mendakwah dan menafikan Tuhan mereka dengan menawarkan Nabi menjadi orang yang paling kaya, atau menjadi raja mereka atau dikahwinkan dengan wanita mereka yang paling cantik, maka Nabi s.a.w menjawab: tunggulah sehingga datang perintah dari TuhanKu.
- Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa beberapa pembesar Quraish telah menemui Nabi s.a.w untuk meminta Nabi s.a.w beriman dengan tuhan mereka setahun kemudian mereka pula beriman dengan Allah dan Muhammad setahun. Maka turunlah surah ini, lantas Nabi s.a.w ke Ka'bah dan membacakan surah ini kepada orang-orang Quraish yg berada di situ.

Kaitan Surah al-Kafirun dengan ayat-ayat lain:
- Fussilat ayat 40: Lakukanlah mengikut apa yang kamu kehendaki ('imalu-mashi'tum)
- Yunus ayat 41: Jika mereka mendustakan kamu, katakanlah: Bagi aku amalanku dan bagi kamu amalanmu (wainkazzabuka-faqulli-'amali..).
- al-Qasas ayat 55: Bagi kami amalan kami dan kamu amalan kamu (lana'amaluna,,).
- Surah ini tidak termansukh dengan penurunan ayat 36 surah al-Taubah (waqatilull-mushrikin-kaaffah)
- Kaitan surah ini dengan ayat 8 dan 9 surah al-Mumtahan (layanhakumullahu..)

Sertai kursus Talaqqi bersama Dr. Surul pada 2 Mac 2019