Kursus Buku Talaqqi Dr Surul

Sabtu 7 Julai 2018, saya telah dijemput utk mengendalikan Kursus buku Talaqqi tulisan saya di Sekolah Islam al-Farabi, Kampung Delek, Klang. Seramai 33 tenaga pengajar sekolah telah menyertai kursus ini anjuran sekolah ini.
Kursus buku Talaqqi menumpukan pembelajaran sebutan huruf dan asas-asas hukum tajwid . Kursus mengguna pakai BUKU TALAQQI dan disampaikan oleh penulisnya sendiri (Dr. Surul Shahbudin). Mereka yang tamat Kursus Asas Talaqqi layak melanjutkan pengajian ke peringkat ke 2 iaitu: Kursus Tajwid al-Quran dan seteru...snya boleh melanjutkan peringkat ke 3 iaitu: Talaqqi Bersanad dengan Penulis sebagai peringkat terakhir dalam pengajian al-Quran di REHAL.Kursus buku Talaqqi ini terbuka kepada Dewasa (18 ke atas) bagi memberi gambaran kepada peserta bagaimana kaedah paling tepat bagi pengajaran buku ini. Waualupun ia adalah kursus bagi guru ia tetap sesuai bagi mereka yang baru hendak mengenal dari tak tahu langsung. Ibubapa yang membimbing anak-anak membaca al-Quran juga amat bagus utk menyertai kursus ini. Guru, imam, mahasiswa yang boleh mengikuti kursus Talaqqi ini bagi memantapkan bacaan al-Quran mereka. Pendek kata sesiapa sahaja yg berminat boleh menyertai kursus ini,
Kursus Asas al-Quran memberi peluang kepada peserta supaya dapat mempelajari asas-asas membaca al-Quran bertajwid. Peserta akan dpt mencuba bacaan bertajwid secara Talaqqi & Musyafahah semasa kursus. Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta bagi melayakkan peserta mengikuti Kursus seterusnya iaitu Kursus Tajwid Lengkap, serta layak juga menyertai kelas Talaqqi Bersanad bersama Dr. Surul.

Buku Talaqqi Dr. Surul boleh dibeli secara online di: 👇🏽👇🏽👇🏽

Bagi yang berminat ntuk mengadakan kursus Talaqqidi tempat anda sila komen di post ini!

BENGKEL BUKA SEKOLAH

Bengkel Mengusaha Pusat Mengaji/Sekolah/Tahfiz + Bengkel Pengajaran Buku Talaqqi Asas Sebutan Huruf bersama Dr. Surul Shahbudin al-Nadwi telah diadakan pada: Sabtu 10 Februari 2018 dari 9:00AM-5:00PM, bertempat di: Rehal, 4 Jalan Camar 4/3, Seksyen 4, Kota Damansara 47810 Selangor. Alhamdulillah seramai 20 peserta telah mengikuti bengkel yg dijalankan selama sehari ini.
Bergambar selepas selesai kursus
Bengkel ini lebih kepada perkongsian pengalaman dalam mendiri dan menguruskan pusat pengajian. Oleh itu ia dikhaskan kepada muslimin muslimat dewasa shj (18 ke atas) dari kalangan: mahasiswa, ibubapa, pimpinan masyarakat, pentadbir sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat dalam mendiri dan mengurus kelas atau sekolah Islam/al-Quran. MasyaAllah bengkel kali ini telah dihadiri oleh para asatizah yg hebat-hebat belaka, yg mengusahakan kelas-kelas al-Quran yg datang dari dekat dan jauh antaranya dari Klang, Kajang, Nilai, Bentong dan Muar,
Peserta memberi perhatian kpd apa yg disampaikan
MELALUI BENGKEL INI PESERTA BAKAL MEMPEROLEHI:
• Mengenal pasti Jenis Pusat Pengajian yang mahu dijalankan.
• Persiapan Modal dan menyediakan Fasiliti.
• Jenis-jenis pendaftaran yang perlu diperolehi.
• Silibus Pembelajaran dan Modul Pengajaran.
• Bentuk-bentuk Pengurusan dan Pentadbiran sekolah/kelas.
• Keperluan kepada Sumber Manusia yang cekap dan berterusan.
• Tadbir Urus Kewangan sesebuah pusat pengajian.
• Sistem sokongan Teknologi Maklumat bagi kelancaran operasi.
• Memahami cara penggunaan buku Talaqqi dalam pengajaran.
• Panduan pengajaran buku Talaqqi yg digariskan penulisnya (Dr. Surul)
• Penyelesaian masalah-masalah yg dihadapi dalam Pengajaran buku Talaqqi Dr. Surul.
• Menyertai rangkaian pembelajaran buku Talaqqi Dr. Surul.
Dr. Surul mengendalikan kursus
PENYAMPAIKAN BENGKEL INI
Kursus ini telah disampaikan oleh hamba Allah yang ingin memanfaatkan pengalamannya kepada semua, sebagai bekalan sesudah tiada, beliau adalah seorang penggiat ilmu al-Quran iaitu:
Dr. Surul Shahbudin
-Ph.D Pendidikan al-Quran, UM.
-Penceramah di Tanyalah Ustaz, Tv9.
-Penulis buku Perbahasan Ilmu Tajwid dan Talaqqi Asas Sebutan Huruf.
-Pendiri Kelas Bimbingan Rehal dan Sekolah Rendah Huffaz.
-Pembentang Kertas kerja dan Penyampai Kursus di seminar dan program berkaitan al-Quran.
Khusyuk
TENTATIF BENGKEL
8:30am - Pendaftaran
9am - Visi dan Strategi dalam mengusahakan Pusat Pengajian
10am - Kudapan Pagi

10:30am - Pengurusan dan Kewangan sesebuah Pusat Pengajian
12pm - Panduan Pengajaran Buku Talaqqi
1pm - Makan Tghri dan Solat Zohur

2:30pm - Praktikal Penggunaan Buku Talaqqi
5pm - Penutup, Bergambar, Solat Asar, bersurai
DR. SURUL SHAHBUDIN

BUKU ASAS HAFAZAN

Kulit Buku Asas Hafazan Dr. Surul

Buku ini dipersembahkan khas untuk mereka yang baru mahu menghafaz al-Quran dengan kaedah yang mudah dan cepat. Keistimewaan buku asas hafazan ini ialah ia mudah dan praktis untuk semua umur. Cukup dengan membaca dan menandakan setiap kali selesai membaca, tanpa anda sedari anda telah hafaz ayat-ayat tersebut, InsyaAllah.

Preview Buku Asas Hafazan Dr. Surul

Kaedah yang diguna pakai dalam buku ini adalah hasil pengalaman pengajaran guru-guru di Sekolah Rendah Huffaz, Saujana Utama dan Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara dalam mendidik murid menghafaz al-Quran. Ianya sesuai bagi pembelajaran pelajar yang belum tahu membaca huruf al-Quran hinggalah kepada pelajar yang sudah lancar bacaannya. Sehingga terbitnya buku ini, kaedah ini telah menjadi suatu "trade mark" guru-guru di KUMPULAN REHAL SDN BHD dalam membimbing MURID menghafaz al-Quran. 

Cara menghafaz menggunakan buku Asas Hafazan:

Kursus Asas Hafazan Dr. Surul juga mempunyai kursusnya. Antaranya ialah yg diadakan pada 7 Ogos 2016 di Masjid Kota Damansara, Selangor dengan kehadiran 30 peserta dari pelbagai tempat. Kursus Asas Hafazan adalah menggunapakai Buku Asas Hafazan susunan Dr. Surul sendiri.

Gambar Kursus Asas Hafazan Dr. Surul 7 Ogos 2016

Perlatihan di Payakumbuh Indonesia

Pada 22-24 Julai 2016, Dr. Surul telah memenuhi jemputan Huffadz School, Payakumbuh, Sumatera, Indonesia bagi menyempurnakan Kursus Buku Talaqqi dan Tajwid bagi guru-guru dan komuniti Yayasan al-Huffadz di Payakumbuh.
Selama 3 hari di Payakumbuh, Sumtra, saya telah menyampaikan tiga topik utama:
1. Kaedah Pengajaran Buku Tallaqqi bagi Guru-guru Yayasan al-Huffadz, Payakumbuh
2. Bagaimana mengetahui Bacaan al-Quran yang Salah dan Betul kepada penduduk setempat.
3. Pengendalian kelas Tahfiz kepada team al-Quran Yayasan al-Huffadz.

Tekan untuk melihat gambar-gambar Dr. Surul di Payakumbuh..

Sehari Talaqqi di Singapore

Pada 21 mei 2016, saya telah memenuhi jemputan pihak penganjur bagi menyempurnakan Kursus Sehari Kaedah Talaqqi al-Quran di Masjid Sultan, Singapore.


Kursus Sehari Talaqqi Al-Quran merupakan pengenalan kepada kaedah asas mempelajari al-Quran. Buku Talaqqi yang merupakan buku kursus sehari ini adalah tulisan Dr. Surul. Kursus ini menekankan aspek sebutan huruf dan asas tajwid al-Quran. Kursus yang berlangsung sehari di Singapore ini telah dihadiri oleh peserta dewasa dari kalangan mereka yang baru mahu mengenal al-Quran, mahasiswa, ibubapa, imam atau hinggalah kepada guru al-Quran. Kursus Sehari Talaqqi akan membuka jalan bagi penyertaan ke peringkat berikutnya iaitu: Kursus Lengkap Ilmu Tajwid bagi mereka yang mahu mendalami teori ilmu tajwid atau peringkat Talaqqi Bersanad bagi mereka yang mahu mengkhatamkan al-Quran dengan bacaan bertajwid dan memperolehi sanad bacaan hingga kpd Nabi saw. Selain itu, peserta yang telah menyertai kursus sehari ini, layak membuka Kelas Talaqqi al-Quran mereka sendiri dibawah Rangkaian Kelas Buku Talaqqi al-Quran Kumpulan Rehal Sdn Bhd.

Gambar-gambar Dr. Surul di Singapore

INTENSIF BUKU TAJWID DR SURUL

Pada 2 dan 3 April 2016 baru-baru ini, telah berlangsung Kursus Intensif Buku Ilmu Tajwid di  Auditorium Pustaka Miri, Sarawak. Program anjuran IM Abesyara Consultancy ini telah dihadiri lebih 75 peserta dari sekitar Miri. Penyampainya Dr. Surul telah memberikan penerangan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan topik-topik utama dari buku Perbahasan Ilmu Tajwid susunan beliau tersebut. Sebanyak 7 topik utama dari buku Ilmu Tajwid beliau telah dibincangkan meliputi: Pengenalan kepada Qiraat Hafs 'an 'Asim, Hukum Nun dan Mim, Pebahasan Mad, Makhraj, Sifat, Tarqiq, Tafkhim dan diikuti perbincangan dan soal jawab bersama peserta kursus.
Bergambar Kumpulan di Akhir Kursus
Buku Perbahasan Ilmu Tajwid ini adalah buku lengkap yang meliputi perbahasan ilmu tajwid yang menepati apa yang diriwayatkan bacaannya dari Rasulullah s.a.w. menurut Qiraat `Asim, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Hafs melalui aliran Imam Asy-Syatibiah. Perbahasan Ilmu Tajwid menurut Imam 'Asim ini adalah merupakan ikutan umat Islam di Malaysia dan sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. Buku ini juga telah disusun menepati kaedah penulisan Al-Quran Resam Uthmani.

Bab-bab dalam buku ini meliputi 14 topik utama dan puluhan sub topik antaranya: Sejarah Penulisaan Ilmu Tajwid dan Qiraat, Pengenalan kepada Qiraat, Riwayat dan Toriq, Tokoh-Tokoh Utama Ilmu Tajwid. Pengenalan kepada Rasm Uthmani. Pengenalan IlmuTajwid, Hukum Nun Sakinah, Mim Sakinah, Ghunnah, Perbahasan Mad-mad Asli, Mad-mad Far`ie yang disebabkan Hamzah, Mad-mad Far`ie yang disebabkan Sukun, Makhraj, Sifat, Tarqiq, Tafkhim, Mutamathilan, Mutaqariban, Mutajanithan, Hamzah Wasal, Waqaf, Ibtida' dan 20 perkara khusus riwayat Hafs 'an 'Asim.



Buku ini adalah hasil usaha penulis setelah lama membabitkan diri bertahun-tahun dalam mengajar ilmu tajwid. Pada mulanya buku ini adalah dalam bentuk lembaran nota-nota yang diedarkan kepada pelajar-pelajar semasa penulis mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nota-nota itu telah dikembangkan isinya sambil diperbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat padanya dari masa kesemasa dan dari tahun ke tahun. Kemudian penulis terpaksa membuat beberapa kajian berdasarkan kitab-kitab induk ilmu tajwid dalam memastikan kesahihan  fakta-fakta yang terdapat dalam buku ini. Semasa menyiapkan buku ini, penulis selalu berhubung dengan Asy-Syeikh Muhammad Abdun Nabiy, seorang pensyarah ilmu Qiraat dan al-Quran Universiti Al-Azhar, Mesir, semasa beliau bertugas di Kelang, Selangor. Al-Sheikh merupakan tempat rujuk utama penulis dalam memastikan kesahihan fakta-fakta dalam penulisan buku ini begitu juga dalam memastikan perkara-perkara yang kabur yang timbul semasa proses penulisan buku ini.
Kulit Buku Perbahasan Ilmu Tajwid edisi 2016
Buku Lengkap "Ilmu Tajwid" susunan Ust./Dr. Surul al-Nadwi ini telah melalui beberapa fasa kemas kini. Buku ini mula diterbitkan oleh Pustaka Salam dengan cetakan sulungnya pada 2004 dengan Jilid 1, diikuti Jilid 2 diterbitkan pada tahun 2005. Pada tahun 2007 kedua-dua jilid ini dicantumkan menjadi sebuah buku setebal 342 mukasurat dengan kulit tipis  (soft cover) juga seperti cetakan sebelumnya.  Setelah mendapat sambutan pasaran, Dr. Surul memutuskan untuk menerbitkan buku ini dengan kulit tebal (hard cover) bermula cetakan ulangan tahun 2009 hingga 2015. Pada tahun 2016, Dr. Surul telah memutuskan untuk memberi nafas baru kepada buku ini dengan beberapa perubahan. Kulitnya kini diubah suai dan diletakkan gambar penulisnya di belakang yg selama ini tidak dipaparkan. Mukasuratnya bertambah sedikit dari yg sebelumnya dari 342 kepada 366 dengan pembetulan, penambahan dan perubahan yang dibuat pada isi kandungan dan bibliografi (tanpa merubah isi kandungan utama buku). Tajuknya pula diubah sedikit kpd "Perbahasan Ilmu Tajwid" dan nama penulisnya telah diletakkan nama sebenar di kulit buku iaitu Dr. Surul Shahbudin al-Nadwi yang sebelumnya menggunakan nama samaran sahaja. Penerbitnya juga telah dipindahkan dari Pustaka Salam kepada Kelas Bimbingan Rehal kepunyaan penulis sendiri . Sehingga cetakan semakan 2016 ini, buku ini telah diulang cetak melebihi 40,000 naskah edaran.
Kulit Buku Ilmu Tajwid cetakan 2007-2015
Kursus Berjalan Lancar, Alhamdulillah
Alhamdulillah peserta di Miri yang terdiri dari orang awam, imam, guru agama, guru al-Quran, pegawai kerajaan dan swasta begitu tekun mengikuti kursus ini.
Peserta berpeluang mengambil tandatangan penulis
Kursus diadakan selama 10 jam dan disampaikan penulisnya sendiri (Dr. Surul al-Nadwi). 
Tentatif Kursus Intensif 10 jam di Miri

Kursus Hafazan di Singapore

Alhamdulillah, susulan dari perkenalan saya dengan peserta-peserta dan penganjur "Seminar al-Quran Bergerak" pada 16 Januari 2016 yang lalu, telah membawa saya untuk menyampaikan Ilmu Allah ke Singapore. Dalam program separuh hari ini, saya telah diberi peluang untuk membentangkan tajuk-tajuk berkaitan "hafazan al-Quran" bersama Ustaz Khairul Anuar. Syukur kepada Allah dengan sambutan hebat dari 230 peserta dari seluruh Singapore pada hari tersebut.

Suasana sepanjang kursus berlangsung

Tajuk-tajuk yang telah dibentangkan
 
Saya kongsikan BAHAN KURSUS yang telah saya bentangkan dalam kursus tersebut.