Rehal Resouces telah dilantik oleh Bursa Malaysia untuk menggendalikan Kem Anakku Hebat utk anak-anak kakitangan mereka.
Program ini bertujuan mengisi cuti sekolah anak-anak dengan jadual yang lebih terancang dan tempat yang bertempatan dengan pengisian-pengisian yang mantap. Program Kem Anakku Hebat yang akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2015 di Riyadh Restu, Kuang menjanjikan kesedaran pada diri anak-anak yang mengikuti program ini. Program ini bertujuan memberi peluang yang lebih banyak kepada murid-murid untuk mempercepatkan bacaan khatam al-Quran dan menambah Hafazan surah-surah al-Quran mereka.
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran anak-anak tentang kepentingan ilmu dan pendidikan yang berterusan.
Memperkasakan nilai mulia dan jati diri anak-anak dari sudut hubungan kekeluargaan.
Merangsang nilai murni anak-anak bersesuaian dengan akhlak Islamiah.
Menerapkan intipati al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak.
Tentatif
Program ini bermula dengan perjalanan peserta dari Bursa Malaysia dengan menaiki bas. Di pagi hari ramai ibubapa peserta telah menghantar anak-anak mereka di Bursa Malaysia untuk berkumpul sebelum bergerak menuju ke Riyadh Restu.
Peserta menaiki bas menuju ke Riyadh Restu |
Majlis Perasmian oleh Pengerusi Rehal Dr/Ust Surur Shahbudin |
Aktiviti di dalam dewan dan riadah |
Kumpulan pengajian al-Quran |
Explorace |
GroupFoto Kem Anakku Hebat |
PENYEDIA PROGRAM: Program di atas telah disediakan sepenuhnya oleh REHAL SURUR RESOURCES atau singkatannya REHAL. Rehal adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002 adalah beribupejabat di Kota Damansara dan mempunyai cawangan di Saujana Utama, Selangor. REHAL secara amnya menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Rehal juga giat menganjurkan kursus-kursus, bengkel-bengkel dan kem-kem motivasi dari masa ke semasa. REHAL dipengerusikan oleh Ust/Dr. Surul Shahbudin An-Nadwi, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di masjid-masjid, universiti-universiti, radio dan televisyen (Klasik fm/Tv9/al-Hijrah) sejak 1999 hingga sekarang. Sebarang maklum balas boleh diemailkan terus kpd kami di: kelasrehal@yahoo.com